Thursday, May 19, 2011

Selamat Hari Guru

Profesion keguruan antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat, dan negara.  Bagi anak-anak pendidik pula, mereka bolehlah beranggapan bahawa guru merupakan ibu bapa kedua dalam hidup mereka. Jagi tidak hairanlah SAMBUTAN HARI GURU disambut dengan meriah setiap tahun bagi menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh seorang GURU. Tema hari guru kali ini ialah "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Bagi warga SMK Puteri pula, sambutan hari guru ini adalah satu tradisi pada setiap tahun. Bagi tahun 2011 ini pula, sambutan hari guru diadakan dengan meriahnya pada tarikh keramat iaitu 16 Mei 2011.. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti sukaneka, persembahan guru, dan persembahan pelajar. Aktiviti tersebut jelas memberi kecerian kepada semua warga pendidik SMK Puteri yang jelas berpuas hati dengan aktiviti tersebut. Sekalung penghargaan kepada pelajar-pelajar yang tidak putus-putus menjayakan sambutan hari guru kali ini.




Walaupun kemeriahan seperti ini memberi kepuasan kepada guru kita, anak-anak pendidik mesti ingat bahawa kepuasan sebenar seorang guru adalah apabila melihat kejayaan anak-anak didiknya berjaya dalam pendidikan dan kehidupan mereka. Oleh itu, marilah sama-sama kita tingkatkan usaha dalam mengejar kejayaan yang dapat merubah kehidupan kita. Jadi terimalah ilmu yang diajar oleh guru, dan gunakanlah ilmu itu sebaik mungkin.

"Biar kita kena marah kerana belajar, tapi jangan pula kita kena marah kerana kurang ajar". kata-kata ketua pengawas SMK Puteri 2011, Muhd Shazwan

Ditulis oleh: Firdaus_ADMIN1

Friday, May 13, 2011

Selamat Datang Pra U-1


Isnin 9 Mei 2011 adalah tarikh penting kepada adik-adik lepasan SPM 2010 kerana mereka telah terpilih untuk memasuki Pra U di SMK Puteri. PKP Pra U, Pn. Nurizam berkata, lebih kurang 80+- orang yang telah berdaftar di Pra U SMK Puteri. Mereka yang berdaftar adalah terdiri dari bekas pelajar SMK Penambang, SMK Zainab 2, dan lain-lain.

KAMI DI PIHAK MPPPU INGIN MENGUCAPKAN 
SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR PRA U-1



Friday, April 22, 2011

Explorer MPPPU 2011

Baru-baru ini MPPPU SMK Puteri telah mengadakan Explorer di Taman Tengku Anis. Program ini adalah julung-julung kalinya dianjurkan oleh MPPPU SMK Puteri setelah sekian lama MPPPU ditubuhkan. Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara kami (pelajar Pra U). Bayak aktiviti yang dijalankan spt senam robik, explorer, dan banyak lagi..

Thursday, March 10, 2011

SMK Puteri Terap 7 Amalan Mulia

KOTA BHARU - Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri (SMK Puteri) menerapkan 7 ciri-ciri panduan amalan mulia yang perlu dititikberatkan pelajarnya.
    
       Antara yang diberi perhatian ialah, sentiasa memberi salam; sentiasa bermuka manis, menghormati/mengikut; semua nasihat; memberi perhatian dan tumpuan pada apa yang diajar; sentiasa ringan tulang dan sanggup membantu; sentiasa mendahului dan berada di hadapan dan terakhir sentiasa berdoa.
    
       Pengetuanya, Mohd Fuzi Yaacob berkata,perkara seperti itu mesti dijadikan panduan oleh pelajar supaya memperoleh kecemerlangan.
  
        "Selain itu, saya menasihatkan supaya anak-anak didik di sini bersikap jujur dan ikhlas semasa menjalankan tugas kerana malaikat sentiasa melihat perkara yang dilakukan oleh kita," katanya.
    
       Terdahulu, beliau bersama Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Zahari Daud menyempurnakan majlis perlantikan pemimpin pelajar sekolah berkenaan.
    
        Seramai 250 pelajar menerima sijil pelantikan yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pembimbing rakan sebaya dan ketua tingkatan.
    
       Mohd Fuzi turut mengigatkan pelajarnya supaya menjadi contoh kepada mereka yang lain dalam setiap perkara kebaikan.
  
       "Saya juga bangga dan bersyukur kerana mempunyai kakitangan dan tenaga pengajar yang bersama-sama berganding bahu dalam memartabatkan sekolah ini di samping melahirkan generasi yang cemerlang dan terbilang," katanya.

SUMBER: Akhbar Sinar Harian, Jumaat 04 Mac 2011

Wednesday, March 2, 2011

Ilmu Itu Wajib Disampaikan


Assalamualaikum,
Adakah ilmu yang kita miliki hanya untuk disimpan semata-mata?. Ilmu yang kita miliki adalah datang daripada Allah sebenarnya. Tidak kiralah apa jua bidang ilmu yang anda miliki anda perlu menyampaikannya kepada orang lain walaupun sedikit. Ilmu yang baik yang anda miliki hendaklah disampaikan kepada orang lain jika ianya dapat memberi manfaat bersama. Perbuatan suka menyimpan ilmu tanpa menyampaikan kepada orang lain adalah sangat dibenci oleh Allah.
Sabda Rasulullah saw “Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya”.
Begitulah perbuatan menyimpan ilmu seorang diri itu adalah sangat dibenci oleh Allah. Jadi sebagai seorang hamba yang bertakwa kita digalakkan menuntut ilmu supaya kita tidak menjadi orang yang jahil diatas muka bumi Allah ini. Pada masa sekarang peluang dalam menuntut ilmu adalah sangat luas. Ini kerana dunia semakin maju dan cara  penyampaian juga semakin cepat dan mudah.



Dunia sekarang mengalami zaman teknologi maklumat (IT) yang semakin pesat membangun. Jadi proses  penyampaian maklumat adalah semakin mudah dan cepat kepada semua orang tidak kira dimana pun mereka berada. Jadi saya pun tidak mahu ketinggalan dan mahu mengambil peluang dalam penyampaian ilmu yang semakin mudah dan cepat ini. Melalui blog inilah saya dapat menyampaikan banyak informasi kepada anda semua. Jika anda mempunyai apa-apa pengetahuan dalam apajua bidang ilmu boleh la andai menyampaikan kepada orang lain. Anda tidak rugi apa-apa malah banyak kelebihan yang anda dapat sebenarnya. Antara kelebihan dan kebaikan anda menyampaikan ilmu kepada orang lain adalah:
Akan dihormati dan disegani
Sudah semestinya anda akan dihormati dan disegani. Ini kerana orang yang belajar dan menuntut ilmu daripada anda akan menganggap anda sebagai guru mereka. Walaupun ilmu yang anda ajar mereka hanya sedikit saja. Namun ianya terlalu bermanfaat untuk diamalkan oleh mereka. Oleh itu anda akan sentiasa dihormati dan disegani oleh orang yang anda mengajarkan ilmu kepada mereka itu. Tapi jangan jadikan rasa hormat dan segan orang lain kepada anda membuat anda semakin berbangga diri dan sombong. Hendaklah anda semakin bersyukur kepada Allah kerana memberi nikmat ilmu pengetahuan kepada anda dan anda dapat menyampaikannya kepada orang lain pula.
Ilmu dalam diri akan terus bertambah
Saya tahu ramai yang tidak suka untuk berkongsi ilmu yang mereka miliki. Ini kerana mereka takut ilmu yang mereka ajar nanti akan membuatkan orang lain akan lebih pandai dari mereka. Anda perlu buang jauh-jauh sifat begitu dari dalam diri anda. Ini kerana setiap ilmu yang anda sampaikan anda tidak rugi apa-apa pun sebenarnya. Setiap ilmu yang anda sampaikan tidak akan mengurangkan ilmu anda itu walau sedikit pun malah ilmu dalam diri anda akan makin bertambah lagi. Jika orang yang anda ajarkan ilmu itu menjadi lebih pandai maka anda juga yang akan mendapat pahala dan menunjukkan anda seorang guru yang hebat.
Mendapat pahala jika ilmu terus diamalkan
Setiap ilmu yang anda sampaikan sama ada kebaikan ataupun keburukan, maka anda akan berterusan mendapat pahala daripada Allah jika ilmu yang anda ajarkan itu terus diamalkan oleh orang lain. Begitulah juga sebaliknya jika ilmu kejahatan yang anda sampaikan maka anda juga yang akan menanggung dosa dari orang yang melakukan dosa setelah mendapat ilmu kejahatan daripada anda. Maka tepuk dada tanya iman. Anda yang menentukannya. Setiap ilmu yang anda sampaikan sebenarnya sudah mendapat pahala daripada Allah. Dan jika ilmu itu terus diamalkan maka anda akan berterusan mendapat pahala itu. Insyaallah.
Orang suka berada disamping kita
Bila anda banyak ilmu anda akan mempunyai ramai kawan. Ini kerana orang suka berkawan dengan orang yang banyak ilmu ni. Boleh bagi manfaat kat mereka. Kawan-kawan anda pun akan suka berada disamping anda kerana mereka dapat mencedok walaupun sedikit ilmu yang anda miliki. Orang yang tidak berapa rapat dengan anda pun akan berasa selesa jika berada disamping anda. Boleh dikatakan semua orang la akan selesa dengan anda. Ini kerana jika anda dapat memberikan sesuatu manfaat kepada orang lain maka anda akan disukai kerana kelebihan anda itu membantu mereka.
Dan ada banyak lagi kelebihan jika anda tidak kedekut ilmu untuk menyampaikan ilmu anda kepada orang lain. Saya pun guna blog ni dengan niat untuk menyampaikan ilmu sebanyak yang boleh kepada anda semua. Blog adalah perkongsian ikhlas dengan pembaca blog in supaya anda semua mendapat banyak manfaat semasa membaca blog ni ye. 

Thursday, February 24, 2011

Berjemur Tengah Panas (Sukan Tara 2011)

Baru-baru ini (17 Februari 2011) SMK Puteri telah mengadakan Sukan Tara Tahunan. Seperti biasa, warga Pra U akan menjadi pegawai bagi acara sukan tersebut. Sebanyak 4 acara telah dipertandingkan iaitu acara lari 100 meter, lari 400 meter, lontar peluru dan lompat jauh.

Di setiap acara tersebut, dianggarkan 10-15 orang pelajar Pra U bertugas. Apa yang menariknya, buat julung kalinya acara lari 100 meter dan lari 400 meter kali ini dilansungkan di Stadium Mini Padang Kompleks Sekolah-Sekolah semenjak stadium ini mula dibuka sejak akhir tahun lepas. Hal ini sedikit sebanyak membantu pegawai-pegawai Pra U untuk menjalankan tugas dengan mudah ekoran adanya infrastruksur yang lengkap di stadium terbabit.

Sesetengah Peserta Rumah Horizon sedia untuk 
dilepaskan dalam acara lari 400 meter


Panas: Antara pegawai-pegawai yang menanti 
peserta meporkan diri di acara 400 meter


Kongsi payung: Antara guru-guru yang hadir 
walaupun cuaca panas terik


Beri arahan: Shazwan memberi arahan kepada peserta 
sebelum memulakan acara lontar peluru


Tinggi.. Salah seorang peserta menunjukkan 
kebolehan dalam acaara lompat jauh



Antara guru-guru yang hadir semasa acara sedang dilangsungkan.

Selamat Menjalankan Tugas


SMK Puteri telah mengadakan Majlis Perlantikan Pemimpin Pelajar pada hari Ahad 13 February 2011. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Tn. Hj. Zahari iaitu Penolong Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan. Pada majlis itu, dianggarkan seramai 200+- orang Pemimpin Pelajar di dilantik iaitu terdiri daripada Badan Pengawas, Pengawas Kaunseling/PRS, Pengawas Pusat sumber dan Ketua-Ketua Tingkatan.. Pada majlis tersebut terdapat beberapa persembahan daripada Pemimpin Pelajar ini iaitu terdiri daripada persembahan sajak, kior, dan silat...





||..Kami di pihak MPPPU mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada semua Pemimpin Pelajar ini dan berharap semua dapat menjalankan tugas dengan baik..||

Friday, February 18, 2011

Tahniah Pra U2 Bersih



Baru-baru ini Kelab Warga Penyayang Pra U telah mengadakan pertandingan kuiz antara Pra U dimana menyaksikan pertembungan antara | Pra U2 Amanah vs Pra U2 Bersih | (PUSINGAN 1) dan | Pra U2 Cekal vs Pra U2 Dinamik | (PUSINGAN 2)...



Di pusingan pertama iaitu antara Pra U2 Amanah vs Pra U2 Bersih, peserta diuji dengan soalan Pengajian Am dan Geografi. Saigan sengit ditunjukkan oleh kedua Pra U kerana mereka terikat dengan 6-6. Oleh itu, penganjur terpaksa menambahkan lagi soalan berikutan keputusan adalah seri. Soalan terterusnya diajukan kpd peserta dan peserta yang plg cepat mendapat jawapan, Pra U itulah jd pemenang. Akhirnya Pra U2 Bersih dapat mara ke peringkat akhir setelah dapat menjawab soalan terakhir yang diajukan oleh pengacara. Keputusan memihan kepada Pra U2 Bersih iaitu (...8-6...)

Di pusingan kedua pula, peserta diuji dengan soalan Bahasa Melayu yang menyaksikan pertembungan Pra U2 Cekal dan Pra U2 Dinamik. Pada peringkat awal, Pra U2 Cekal tampak lebih garang dengan mendahului 6-0. Namun begitu, Pra U2 Dinamik bangkit dan menyamakan kedudukan 6-6 pada soalan-soalan seterusnya. Oleh yang demikian, nasib lebih memihak kepada Pra U2 Cekal kerana dapat menjawab soalan terakhir bagi melayakkan diri ke peringkah AKHIR untuk bertemu Pra U2 Bersih.

Di peringkat akhir, mental peserta semakin diuji apabila soalan yang diuji adalah mengenai PENGETAHUAN UMUM. Hal ini bertambah teruji apabila penganjur menambahkan bilangan soalan. Namun begitu peserta dilihat tenang menjawab soalan-soalan yang diajukan. Saingan antara Pra U2 Bersih dengan Pra U2 Cekal juga dilihat amat sengit apabila kedua-dua Pra U ini saling bertukar mata. Walaubagaimanapun keputusan dilihat memihak kepada Pra U2 Bersih apabila memenangi persaigan itu dengan keputusan (..12-8...).

Hadiah disampaikan oleh Pn. Nurizam Abd Rahman (PK Pra U SMK Puteri) kepada pemenang.

PENGERUSI:

  • Hafizi (Pra U2 Amanah)
  • Nabila (Pra U2 Dinamik)


PENJAGA MASA & MATA:

  • Suzi (Pra U2 Cekal)
  • Firdaus (Pra U2 Bersih)

Thursday, February 17, 2011

Alhamdulillah. Entri Pertama Menandakan Blog Ini Sudah Beroperasi Buat Julung Kalinya


Alhamdulillah sykur ke hadrat ilahi krn dgn limpah dan izinyannya blog ini sudah dapat beroperasi buat julung kalinya. Idea untuk menubuhkan blog ini adalah hasil perbincangan kami (ahli-ahli MPPPU) dimana blog ini diasaskan buat semua warga SMK Puteri khususnya Warga Pra U. Buat pengetahuan semua, blog MPPPU ini adalah yang pertama ditubuhkan dan kemungkinan akan terus diguna oleh warga-warga MPPPU akan datang.

Blog ini adalah untuk memudahkan semua warga SMK Puteri mahupun Pra U SMK Puteri mengetahui apa itu MPPPU di samping siapakah puncak kepimpinan kami. Selain itu, kami juga akan mewartakan sebarang aktiviti kami agar semua dapat mendapatkan maklumat dengan tepat tentang aktiviti yang kami jalankan..

Akhir kata, kami berharap blog ini dapat memberi serba sedikit faedah kepada semua Warga SMK Puteri walaupun byk lagi kekurangan yang terdapat dalam blog ini. Selain itu, bagi pihak admin pula, kami memerlukan kerjasama daripada kalangan Ahli-Ahli MPPPU bagi memajukan lagi blog ini dan seterusnya dapat memberi faedah kepada seluruh pelawat blog ini khususnya Warga SMK Puteri.

Akhir Kata Dari Kami Apa Yang Baik Datangnya Dari Allah S.W.T dan Apa Yang Buruk Itu Datangnya Dari Kelemahan Diri Kami Sendiri. 


| Sekian, Terima Kasih… Assalamualaikum. |
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...