Thursday, March 10, 2011

SMK Puteri Terap 7 Amalan Mulia

KOTA BHARU - Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri (SMK Puteri) menerapkan 7 ciri-ciri panduan amalan mulia yang perlu dititikberatkan pelajarnya.
    
       Antara yang diberi perhatian ialah, sentiasa memberi salam; sentiasa bermuka manis, menghormati/mengikut; semua nasihat; memberi perhatian dan tumpuan pada apa yang diajar; sentiasa ringan tulang dan sanggup membantu; sentiasa mendahului dan berada di hadapan dan terakhir sentiasa berdoa.
    
       Pengetuanya, Mohd Fuzi Yaacob berkata,perkara seperti itu mesti dijadikan panduan oleh pelajar supaya memperoleh kecemerlangan.
  
        "Selain itu, saya menasihatkan supaya anak-anak didik di sini bersikap jujur dan ikhlas semasa menjalankan tugas kerana malaikat sentiasa melihat perkara yang dilakukan oleh kita," katanya.
    
       Terdahulu, beliau bersama Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Zahari Daud menyempurnakan majlis perlantikan pemimpin pelajar sekolah berkenaan.
    
        Seramai 250 pelajar menerima sijil pelantikan yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pembimbing rakan sebaya dan ketua tingkatan.
    
       Mohd Fuzi turut mengigatkan pelajarnya supaya menjadi contoh kepada mereka yang lain dalam setiap perkara kebaikan.
  
       "Saya juga bangga dan bersyukur kerana mempunyai kakitangan dan tenaga pengajar yang bersama-sama berganding bahu dalam memartabatkan sekolah ini di samping melahirkan generasi yang cemerlang dan terbilang," katanya.

SUMBER: Akhbar Sinar Harian, Jumaat 04 Mac 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...